Hello semua!
Dah lama rasanya tak buka blog kita ni. Berhabuk sudahhh. 😅
So kali ni saya nak update tentang kehidupan selepas dah graduate. Memasuki alam pekerjaan. Secara jujurnya alam pekerjaan tak lah seindah yang kita semua harapkan. Tak semestinya kita belajar Engineering, kita jadi Engineer. Dan tak semestinya kita belajar Architecture, lepas grad confirm akan jadi Architecture. Takk jugaaa. Sebab setiap orang ada jalan masing-masing. So benda pertama sekali dalam mindset kita lepas habis belajar, kena set, its okay if kita takdapat apa yang kita harapkan untuk jadi, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Mungkin tuhan nak bagi kita sesuatu yang lebih baik berbanding expectation kita sendiri. Kena cope dengan benda tu or else, kita akan rasa kecewa sangat sangat dan hilang semangat untuk teruskan bekerja. Kalau tak start kerja, macam mana nak start bayar PTPTN.
PTPTN
Secara umumnya, kalau tak mula bayar PTPTN selepas 12 bulan dari kita habis belajar, u will have recorded with bad credit history ataupun ada rekod CCRIS by Bank Negara Malaysia(BNM), hence cannot buat apa apa loan in future. Tak kira loan kereta or rumah or whatsoever. Zaman sekarang ni if takbayar PTPTN, akan ada rekod CCRIS (rekod pembayaran tak elok) dalam sistem BNM. So in case kita semua nak apply loan rumah contohnya dengan Maybank in future, Maybank akan check dulu rekod CCRIS kita dengan BNM in order untuk tengok kita ni berdisiplin atau tidak bayar hutang. Means to see whether you are a trusted person to give a loan atau tidak. So kalau rekod CCRIS tak elok, susah lah nak apply loan in future. CCRIS bukan lah Blacklist/Senaraihitam, tapi sekiranya peminjam masih tidak mulakan pembayaran dalam satu tempoh tertentu, nama Peminjam boleh disenaraihitam/ Blacklisted. Kita semua sedia maklum bahawa Blacklisted ni memang takboleh buat apa apa jenis loan, apatah lagi nak ke luar negara. Bayangkan dan ada kat departure hall di Airport untuk pergi bercuti ke Bali, Singapore, Eropah, tiba tiba pegawai Imegresen tak benarkan melepasi gate departure sebab TAK DIBENARKAN keluar dari Malaysia atas sebab telah disenarai hitam, tak bayar PTPTN punya pasal😣ðŸ˜. Haha stres. Untuk elakkan masalah ini terjadi, korang boleh check nama korang dalam website Imegresen (klik sini Imegresen) sama ada tergolong dalam senarai orang yang tidak dibenarkan keluar dari Malaysia. Masukkan no KP dan semak.
'TAPI SAYA NAK BUAT LOAN DENGAN PUBLIC BANK, BUKAN MAYBANK. SO TAK PENTING PUN KAN REKOD CCRIS SEBAB BUKAN PUBLIC BANK TAHU PUN REKOD CCRIS SAYA?'
And kalau semua tertanya "tapi saya nak buat loan kat Public Bank, bukan dengan Maybank. So CCRIS tak okay pun takpe lah kan". Tak tak tak, semua institusi kewangan dalam Malaysia akan check dengan BNM dulu sebelum beri pinjaman pada mana mana individu. Tak kisah lah Public Bank ke, UOB, CIMB, RHB, Aeon etc etc. Semua akan check dengan BNM dulu sebab ada centralized system. So if korang yang masih belum faham tentang CCRIS ni, boleh klik link kat sini CCRIS directly into BNM punya Website and korang boleh juga terus check rekod CCRIS korang kt Website BNM tu. Ikut step yang dorang bagi kat website. Untuk clearkan rekod CCRIS korang, korang kena bayar habis semua tunggakan dulu dan bayar konsisten macam biasa selama 12 bulan, barulah rekod CCRIS clear. Finally!
1. PENJADUALAN SEMULA PEMBAYARAN PTPTN
Kalau ada tunggakan banyak, taktahu mana nak cekau duit banyak banyak sekali gus untuk pembayaran tunggakan, ada cara nya yg akan saya share dengan korang lepasni. Selain tu, korang juga ada option untuk buat restructure payment korang. Meaning that if korang takboleh nak bayar semua tunggakan yang ada, korang boleh jadualkan semula pembayaran korang tapi dengan syarat kena bayar sekurangnya 50% dari tunggakan yang sedia ada. Kena call dan walk in cawangan PTPTN yang terdekat. Untuk rujukan korang, haa boleh klik link sebelah ni PTPTN untuk check nombor PTPTN dengan Cawangan yang terdekat dengan rumah korang.
2. PEMBAYARAN BALIK PTPTN MELALUI DEBIT TERUS
So bagi korang yang dah bekerja kat luar sana selalu fikir setiap bulan gaji macam mana nak berdisiplin bayar every month sebab asyik terlupa nak bayar hutang PTPTN manually. Jangan risau sebab korang boleh buat Auto Debit bila gaji dah masuk every month. Selain Auto Debit, ada juga kaedah lain, seperti potongan gaji. Tapi kat sini saya nak cerita tentang Auto Debit lah supaya senang ak faham dan lagi mudah prosesnya;
-buka website PTPTN (klik sini Semakan Pinjaman), masukkan no KP, tekan 'semak
- kemudian akan redirect into log in page. masukkan no KP dan password. bila dah keluar dashboard macam bawah ni, klik 'Penyata Baki'
-lepastu akan keluar detail baki keseluruhan baki pinjaman korang. So korang scroll bawah akan nampak option 'Pendaftaran Untuk Debit Terus'. Klik situ dan fill in borang permohonan untuk debit terus then submit. Akan ada caj RM1.00 untuk setiap permohonan
- pastikan korang dapat notis Permohonan Diterima selepas submit permohonan. Boleh print untuk rujukan.
-Tunggu PTPTN proses dan pihak bank akan maklumkan Mandat Pemotongan Diberi pada PTPTN untuk buat pemotongan every month.
3. PEMBAYARAN PTPTN MELALUI AKAUN 2 KWSP
So untuk kaedah yang ketiga ni ramai taktahu yang kita boleh buat pembayaran PTPTN melalui Akaun 2 KWSP. Pengeluaran ni bukan saja untuk diri sendiri, tapi boleh buat untuk ahli keluarga, dan anak yang tengah menyambung pelajaran sekurang kurangnya di peringkat Diploma yang disahkan. So kat sini saya akan ceritakan pengeluaran untuk diri sendiri lah ya. Had maksimum pengeluaran adalah bergantung kepada jumlah yang ada dalam akaun 2 KWSP. Dan pengeluaran ini boleh dibuat selagi ada amount dalam akaun 2 korang. Kalau nak buat pengeluaran 3, 4, 5 kali sampai habis baki pinjaman pun boleh asalkan masih ada duit dalam akaun 2. Cara-caranya;
-Log masuk ke i-Akaun KWSP korang
-Klik 'Withdrawal' kemudian Klik 'New Application'
-Kemudian isi borang permohonan
-After tekan 'Next', masukkan nombor reference korang (nombor pinjaman/student no) and amount yg korang nak bayar pada PTPTN depends on berapa yang ada dalam Akaun 2 korang. Then Submit saja.
-Few days, KWSP akan notify korang thru registered phone number untuk pergi KWSP buat Thumbprint (Validation) untuk sahkan bahawa memang korang sendiri yg buat application tersebut within certain time frame. dan korang kena pergi thumbprint within time frame yang dia bagi, kalau tak, akan dianggap permohonan tu dibatalkan or cancel.
- After siap thumbprint, settle. Relax saja sebab KWSP akan buat direct payment kepada PTPTN.
So settle satu bab dengan bebanan kat bahu untuk PTPTN😠harap writing/entry saya kali ni membantu semua peminjam PTPTN kat luar sana lah ye! Share juga pada kawan kawan korang yang ada buat pinjaman PTPTN sebab some of us just graduated and taktahu banyak benda. All we need is a guide. and if ada salah, please correct me. Thank youu. Next time!
Comments
Post a Comment